catatan rose ayamor

Wednesday, July 05, 2006

Menyoroti kenangan MISI 06'

Setelah 6 hari MISI berlalu rasa macam kosong jer..... Masih terngiang-ngiang jadual yang padat yang telah dilalui selama sebulan hmmm..... Bangun Qiam, kuliah pukul 9-12 tghr, balik masak, sambung kuliah pukul3-5 ptg, balik masak lagi dan lastly kuliah kul 9-11 mlm.

Terlalu banyak kenangan pahit manis yang dilalui semasa MISI yang ternyata tidak lain tidak bukan menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam mengharungi dunia yang menyedialan cabaran yang bukan sedikit. Namun setelah berakhirnya MISI serasa segala kenangan pahit bertukar menjadi manis (ajaibkan).

Dikesempatan yang ada ni sebelum MISI mengorak langkah makin jauh meninggalkan kita atau sebaliknya. Kepada sesiapa yang terlibat saya ingin menyusun se-10 jari (kepada yang bukan ajnabi jer) memohon maaf sekiranya ada tersalah dan tersilap sama ada dari rentak bahasa, gaya dan riak muka yang mungkin tidak disenangi. Sesungguhnya diri ini hanyalah manusia biasa yang penuh kekurangan.

Tidak dilupakan juga terima kasih yang tidak terhingga kepada fasi MISI Mariam J, Mariam A, kak Diah dan Aisyah yang sentiasa bersabar dengan anak-anak yang berjumlah 35 orang ni.....

Walau apapun yang terjadi semasa MISI berlansung baik ataupun buruk semuanya ada takdir Ilahi yang bukanlah dijadikan secara sia-sia malahan adalah untuk hambanya yang dikasihi berfikir dan merenung kembali dan mengambil iktibar.

Wallahualam

Thursday, June 22, 2006

hari ke-6

Assalamualaikum

Menjalani hari keenam MISI semakin banyak ilmu yang dipelajari. Hmm hari ini belajar shariah bersama Dr Shamsuri Shariff. Berasal daripada jurusan sains, bile bercakap mengenai syariah ni terasa macam nak buat degreelah pulak. He he ..... Apa yang disampaikan oleh Ustaz mmg menarik kerana selama ini hanya bisa mendengar perkataan shariah ttp tidak pernah mengambil atau tidak berkesempatan mengambil berat mengenai salah satu cabang dalam Islam. Semakin di dalami dan dfahami makin terasa betapa besarnya kasih Allah terhadap hambanya, semakin terharu insan ini. Segala yang Allah ciptakan serta sediakan untuk hambanya adalah yang terbaik dan paling mematuhi keperluan fitrah manusia. Subhanallah .... Walhamdulillah.... Wala ilahaillallah.

Pengisian hari ini dilakukan secara perkongsian serta soal jawap membolehkan mata ini dikekalkan segar merentasi pagi hingga petang

Menyoroti serba sedikit mengenai shariah yang diturunkan oleh Allah khas untuk ciptaan terbaiknya iaitu makhluk yang bernama manusia melalui kalimah-kalimahNya yang diturunkan kepada Rasulullah menampakkan bagaimana cantiknya tarbiyah Allah bagi membolehkan manusia menggunakan akal kurniaanya untuk keputusan penetapan hukum... di dalam Al-Quran hanya terdapat kira-kira 500 ayat yang menceritakan ttg komponen-komponen kehidupan manusia. Ayat yang diturunkan dalam bentuk prinsip yang tidak menetapkan masa, zaman serta tempat supaya sentiasa relevan merentasi zaman.

bismillah...

Bismillahhirrahmahnirahim
Alhamdulillah setelah menjalani cuti orang habis belajar yang agak membosankan akhirnya tiba masa untuk melangkah ke MISI 06’ berdebar jugak.

Diri ini selalu ingin bergiat secara aktif dalam dakwah dan islah agar tiada ruang kosong dibiarkan bagi perkara lagha kadang-kala rasanya tiada ruang dan peluang. Gembira sangat kalau terlibat dalam event management yang mengajar banyak erti kesungguhan dan kesabaran.

Melalui hari pertama MISI Alhamdulillah telah diberi mandat sebagai ketua rumah untuk minggu pertama